Wednesday, August 8, 2012

Pengukuhan Huruf (A, B, C, ...)


Apabila anak-anak kita telah mengenali (boleh menyebut) huruf A hingga Z. Langkah seterusnya ialah pengukuhan huruf. Cara yang seronok untuk melakukan aktiviti pengukuhan huruf ialah dengan menggalakkan anak-anak kita mencari huruf-huruf secara tertib apabila berkesempatan. Mereka boleh menggunakan buku, papan tanda, nama jalan, majalah, surat dan sebagainya.

Permainan ini boleh disesuaikan dalam banyak keadaan. Sebagai contoh, semasa dalam kenderaan, semasa menunggu rawatan doktor, semasa membeli-belah di pasaraya ataupun semasa berehat di rumah. Ia juga boleh mengurangkan rasa bosan pada kanak-kanak.

Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mulakan permainan secara kumpulan. Ibu bapa bersama anak-anak mencari huruf-huruf A hingga Z secara tertib. Ibu bapa boleh memainkan peranan sebagai pemudahcara / pembimbing iaitu dengan memberi tip atau petunjuk di mana huruf-huruf tersebut. Apabila anak-anak kita semakin bijak dalam mencari huruf-huruf A hingga Z, kita boleh meningkatkan kesukaran permainan dengan memperkenalkan had masa. Contohnya, anak-anak kita perlu mencari ke semua huruf sebelum kita habis membeli barang-barang di pasaraya.