Tuesday, September 18, 2012

Tiga cara mengajar anak-anak mengenal huruf ABC


1.   Menyanyi lagu ABC Kanak-kanak sangat suka menyanyi dan mendengar lagu. Mulakan hari anak anda dengan beberapa lagu serta diselitkan lagu ABC.

2.   Menghasilkan buku skrap ABC Bimbing anak anda untuk menyediakan sebuah buku skrap ABC. Anda boleh sediakan 27 keping kertas A4 (sekeping untuk kulit dan bagi 26 keping untuk setiap satu huruf). Setiap muka boleh dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian atas untuk latihan menulis dan bahagian bawah untuk “cut and paste”. Anda boleh mengadakan aktiviti mencari huruf-huruf di majalah atau surat khabar untuk digunting dan dilekatkan dibahagian “cut and paste”.

3.   Huruf dan kosa kata Permainanya mudah, anda hanya perlu menyebut huruf dan kemudian menyebut perkataan yang bermula dengan huruf yang disebutkan tadi. Sebagai contoh, A untuk ayam, B untuk bola, C untuk cawan dan sebagainya. Anda juga boleh memainkannya dalam bahasa Inggeris.
Selamat mencuba.