Friday, October 5, 2012

Bijak Baca - Huruf Konsonan

Setelah kanak-kanak mahir dengan huruf vokal, iaitu mereka dapat mengecam dan menyebut bunyi vokal a, e, i, o dan u dengan betul. Mereka akan diperkenalkan dengan huruf konsonan b, c, d dan lain-lain lagi secara berperingkat. Huruf-huruf ini akan digabungkan dengan huruf vokal menjadi suku kata. Sebagai contoh 'b + a menjadi ba', 'b + i menjadi bi' dan 'b + u menjadi bu'.
 
Kebiasaannya kanak-kanak akan diperkenalkan dengan tiga suku kata baru setiap hari. Dengan latihan yang berterusan, kanak-kanak akan dapat menyebut suku kata yang diperkenalkan dengan baik.

Suku Kata - ba, bi, bu, ca, ci dan cu

Suku Kata - da, di, du, ga, gi dan gu

Latihan Menyebut Suku Kata